Resipi Udang Goreng Kunyit Paling Simple!

Tuesday, January 08, 2019


Waddup! 
Ingat tak hari tu aku ada share pasal sotong masak thai yang tak sedap tu hahahha. Pastu aku try pulak masak Udang Goreng Kunyit. Search punya search resipi tak ada satu pun yang senang. Semua kena letak banyak bahan siap ada letak sos pelik pelik. So aku decide untuk campak je bahan yang ada. Dan yang paling penting kali ni SEDAPPPP!  (ala setakat goreng kunyit memanglah sedap) 😂

UDANG GORENG KUNYIT PALING SIMPLE  (seorang makan) 

Bahan-bahan :
• Udang - 6 ekor
• Bawang merah - sikit je😂
• Cili padi - 2 batang (kalau nak lagi pedas tambah lagi) 
• Daun kari - 3-5 helaj
•kunyit - setengah sudu kecil
•garam - secukupnya
• Minyak masak


Sediakan bahan bahan macam dalam gambar. Bawang merah dan cili padi kita cincang.

Cara - cara :
1 )  Perapkan udang bersama kunyit dan garam dalam masa 20 minit. 
2) Tuang sedikit minyak masak kemudian tumis bawang merah, cili padi dan daun kari bersama
3 ) Dah naik bau, terus masukkan udang yang sudah diperap tadi. 
4) Masukkan sedikit air. Kalau nak berkuah masukkan air lebih sedikit lagi 
5) Apabila udang sudah bertukar warna maknanya dah masak! 


Selapas itu.... Kita hidang dan makan!!!!



You Might Also Like

4 comments