Hari Harimau by Coolblog
Friday, January 18, 2019
Assalamualaikum,
Waddup!😂
Korang mesti tahu Coolblog kan? Tipu la kalau kata tak tahu Coolblog tu apa😂 Jadi hari ni aku nak cerita sikit pasal air terbaru yang dilancarkan oleh Coolblog Malaysia ni. Menu minuman terbaru ni dilancarkan sempena kempen yang bertemakan 'Hari Harimau' Aummmmmm🐯🐯 Kalau korang nak tahu kempen ni akan diadakan selama 3 bulan. Fuhhh lama kan?
Menu minuman terbaru yang dilancarkan ialah...... *drum roll 🎶*
'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'
Woww baca nama air je dah tahu sedap!
Minuman ni famous gila kat Taiwan dan Hong Kong tau. Dengan pengenalan minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' ni.. Coolblog ingin mencapai permulaan baru, harapan baru serta perjalanan baru😇
Okay aku nak cerita sikit tentang 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Minuman ni dihasilkan dengan menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Sebab tu bila minum terus jadi Hari Hari Mahu 😂 Cuba bayangkan gula harimau hitam tu dicampur pula dengan teh atau kopi premium . Pehhh meletup-letup rasa dia dalam mulut. Kalau tengok corak yang ada kat cawan coolblog tu sebenarnya tu umpama cakaran harimau. Harga dia murah je tau. 700ml dengan harga RM6.50. Memang berbaloi-baloi 😍 Minuman ni boleh didapati di semua cawangan coolblog seluruh Malaysia!
Sepanjang kempen Hari Harimau ni berlangsung Coolblog mengadakan pertandingan tarian yang diberi nama #RimauDanceChallenge di media sosial. Macam mana nak join? Senang je...
Korang mesti beli dulu minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan jangan lupa dapatkan pelekat tatu harimau yang disediakan oleh coolblog. Lepastu, tonton video tutorial di laman rasmi Coolblog di Facebook atau Instagram dan tiru langkah dalam video tersebut. Sebelum muat naik video dance challenge korang tu di media sosial jangan lupa tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan hashtag #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia di ruang caption! Oh jangan lupa account korang kena public tau. Pertandingan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 15 February 2019. 3 pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000. Wowww banyak tu😻
Sempena kempen Hari Harimau ni juga, pasukan Suria Fm akan berada di cawangan coolblog terpilih. Korang berpeluang beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai pertandingan dan aktiviti yang menyeronokan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Nak tahu bila dan di mana Skuad Suria Fm akan berada? 👇👇👇
• 31 Januari 2019 - Coolblog cawangan Tesco Mergong, Alor Setar
• 2 Mac 2019 - Coolblog cawangan Melawati Mall, Kuala Lumpur
• 9 Mac 2019 - Coolblog cawangan Tesco Klang
Jangan lupa dapatkan dan rasai sendiri 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' Aummmmm🐯🐯🐯🐯
2 comments
Wowww.. Hari Hari Mauuu!!
ReplyDeleteSedappppp..jom gi lagiii
ReplyDelete