Pengalaman join Choral Speaking

Tuesday, January 08, 2019


Waddup! 
Korang pernah dengar pasal Choral Speaking tak?  Choral Speaking ni korang sampaikan nasihat atau cerita dalam nada berirama samada korang nyanyi, jerit, nangis atau apa apa je. Biasanya Choral Speaking ni akan buat satu kumpulan besar yang ada dalam 35 orang murid lepastu masuk la pertandingan hehe. 



Dari sekolah rendah choral speaking ni memang famous sampailah ke sekolah menengah tapi aku tak pernah masuk. Sampailah dah kat tingkatan 5, aku terdetik hati nak masuk. Orang lain akan cakap 'budak yang masuk choral speaking ni bajet english power. Acah acah je lebih.' tapi bagi aku TAK. Budak budak yang join choral ni sebenarnya english tak la power mana, tapi masuk choral dengan niat nak improve kan lagi bahasa inggeris. 

Biasanya awal tahun sekolah akan busy dengan hari sukan. Macam macam persiapan nak buat masa tu. Tengah busy busy practice senamrobik untuk hari sukan tiba tiba aku terdengar la ada budak budak cakap pasal latihan choral speaking dah nak start. Aku buat tak kisah je sebab tak pernah amik tahu pun pasal choral. Lepas selesai hari sukan maka latihan choral pun bermula. Aku pun gatal gatal la pergi mengintai dia orang practice kat dewan. Lepastu terus rasa nak join. Aku ajak kawan kawan aku untuk join juga tapi semua tak nak. So aku buat keputusan aku akan join choral juga walau apa pun jadi. 

Latihan choral yang seterusnya aku pun join, dapat script kenalah hafal. Baru aku tahu betapa seronoknya join choral speaking ni! Aku dapat juga line solo dalam script tu. Line solo ni nanti orang lain semua diam kau sorang je la bebel bebel😂 bila join choral automatic kau akan rapat dengan junior sebab setiap tingkatan akan ada wakil. Tapi banyak masa kena korbankan sebab setiap petang kena stay dan weekend pun kena datang sekolah. 

Nampak tak betapa rapatnya kita orang😂

Tiba la hari pertandingan yang ditunggu tunggu. Nervous dia memang tak boleh bawak bincang. Kena pulak berlawan dengan sekolah sekolah yang english dia power kebabom. Bila dah berdiri atas pentas tu, lagi la terus rasa berpeluh. Habis je perform lega habis!  Kita orang punya sekolah la paling happening. Bising memanjang😂



Tapi kita orang tak menang pertandingan tu. Tak apa asalkan persahabatan kita orang dapat terjalin. Banyak sangat kenangan bila join choral speaking ni. Terima kasih sebab terima aku join team korang walaupun sebenarnya last minute masuk😂

Ni semua gambar kenangan kita orang dalam choral speaking. Aku letak kat sini supaya kalau memory full masih ada gambar kat sini hahahaha😂







You Might Also Like

3 comments

  1. imannnnnn...awat gambaq terkeluaqqq...pat edit template baru..ekekekke

    ReplyDelete
  2. Alaa kak iman😭😭😭😭

    ReplyDelete
  3. Aunty Lin dulu teror coral speking ni, tapo coral dasar kelautttt hahahahaha

    ReplyDelete