Ole-ole dari Belitung
Friday, January 25, 2019
Hi, asslamualaikum.
Bulan Disember yang lepas aku pergi ke Belitung dengan syarikat percutian MTNgetaways. Bila kita pergi ke negara orang mestilah kita nak beli ole-ole untuk dijadikan kenangan kan?
Malam terakhir di Pulau Belitung, tour guide bawak kesemua ahli rombongan ke Pondok Klapa'. Kalau tak silap itu la nama tempat yang menjual pelbagai souvenirs. Aku pun masuk kedai tu dengan hati yang gembira. Excited weh nak beli ole-ole. Pondok Klapa ni besar sangat! Nama je pondok tapi dalam dia fuhhhh. Kedai ole-ole ni dibahagikan kepada beberapa department. Ada bahagian kerepek, baju, topi dan macam macam lagi!
Aku pun terus la pergi kat bahagian baju. Disebabkan saiz badan yang terlebih bahagia ni maka aku pun tak jumpa saiz baju aku. Sedih gila!!! Jadi aku ronda ronda la satu kedai. Tetap tak jumpa apa yang menarik untuk dibawa pulang ke tanah air. Jalan punya tiba tiba ternampak bahagian hiasan cengkerang. Jadi Bonda pun tunjuklah "Eh, tu Zirafah" Wah terbuntang terus mata aku. Pastu terus la belek belek cantuman cengkerang yang dia buat jadi bentuk Zirafah. Aku tak fikir banyak dah terus amik nak bayar.
Inilah dia ole-ole yang dibeli dari Belitung.
Tapi..... Bila keluarkan dari bungkusan.. Aku jadi musykil. "Aikkkk, ni zirafah ke kambing" 😂😂😂
Sekali pandang macam Zirafah, bila tenung lama lama macam kambing pulak😂 Tapi bila tengok tang leher tu macam leher zirafah. 😂 Makin lama makin konfius bila tengok cantuman cengkerang ni. Agak agak kan, ni zirafah ke kambing?😂
10 comments
eeee comel nyeee
ReplyDeletehahahahahhaha ni zirambinggg
ReplyDeleteKakakakah pebende Zirambing tu oii hahahahah
ReplyDeleteassalamualaikum imam...alorrr cute nyer...
ReplyDeleteLembu
ReplyDeletekalau tanduk tu kecik sikit & leher panjang baru nampak cam zirafah.. kepala nampak cam kambing, tp sbb warna cengkerang tu nampak mcm zirafah, tu yg bonda nampak zirafah.. haha.. confuse betul identiti binatang ni la.. haha
ReplyDeletecomel je ole2 tu..
ReplyDeletesalam kenal dari www.umifuzy.com, follower ke 15
wahhh.. cute nya ole-ole ni...
ReplyDeletesalam singgah dan follow
ReplyDeletewww.astraveller.com
permisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo