Saturday, 1 December 2018

Bestarians 💞

Hi..🙋
Iman nak share kenangan Iman bergelar pelajar tingkatan 4. Masa nak masuk tingkatan 4, nervous dia lain macam. Yalah sebab dah fikir SPM nak dekat😂 Hari pertama persekolahan sesi 2017, semua pelajar tak ditempatkan di mana mana kelas lagi. Kita orang pun tak tahu kita orang berada di kelas mana. Macam biasa la, hari pertama tu mesti ada taklimat dan sebagainya. Penghujung hari pertama persekolahan baru dapat tahu kita berada di kelas mana. Berebut rebut masing masing nak check senarai nama.  Dan Iman ditempatkan di dalam kelas 4 Bestari. Iman suka gila dapat kelas ni tak tahu sebab apa. 

Hari kedua persekolahan, Iman terbangun lambat oppssss🙈 Bila bangun lambat, sampai sekolah pun lambat la hahahaha. Iman pun pecut panjat tangga terus masuk kelas. Masa Iman masuk, Iman ingat lagi masing masing tengok Iman dengan muka pelik😂 Mungkin dia orang ingat Iman salah kelas kot😅 Tapi Iman yakin tak salah kelas sebab dah check awal awal pelan kedudukan kelas. Masa tu Cikgu Rodziah (mathematics)  tengah mengajar. Iman pun kelam kabut keluarkan buku.  Habis je belajar Maths, kita pun berborak la. Ya lah, ada yang baru kenal pada hari tu. Yang Iman kenal masa tu pun Ayunie, Ummul, Amin, Farhan, Izzah sebab pernah jadi classmate. 

Hari ketiga persekolahan, jawatan-jawatan yang ada dalam kelas pun dilantik. Iman dilantik jadi ketua penolong time ni. Daniel Najmi pula dilantik sebagai ketua kelas paling nakal pada tahun itu😂😂 Kelas kami ni dibahagikan kepada dua aliran iaitu Sains Komputer dan Prinsip Perakaunan. Iman pilih Akaun sebab Iman tak suka benda yang berkait dengan komputer hihi.  Tapi ada jugak budak kelas Iman yang amik Sains Komputer sebab takut dengan cikgu akaun hahahahah 😛

So sesi persekolahan pun dijalankan macam biasa sampailah cuti tahun baru cina bermula. Cuti memang cuti tapi kena datang sekolah juga sebab cat kelas. Tapi Iman datang sehari je itupun kelas dah siap cat😛

Ha ni muka muka rajin datang sekolah walaupun cuti😂

Bila dah masuk tingkatan 4,  barulah rasa subject subject susah yang boleh buat pecah kepala otak! Dan masa ni juga lah berlaku konflik antara classmate. Masing masing ada puak sendiri😂 lepastu tak puas hati sesama sendiri😂 bab perli perli tak yah cakap la, hari hari ada😂 nak borak pun susah. Tapi setiap kali waktu Sains, kita semua bergabung jadi SATU!  Daripada bermasam muka tu memang akan helok bila Sains. Sains la yang kuatkan ukhwah kita orang.

Setiap kali Sains banyak sangat aktiviti kita orang buat sama sama.

Masa ni. .kita orang buat ais krim guna ais dengan garam je tau. Nak resipi pm tepi😂



Ni pula Inersia kalau tak silap la hahahhaa. Tengok.. Cina Melayu pun boleh rapat tau.

Senang cerita kan.. Subject favorite 4 Bestari ialah Sains. Muka cikgu yang ajar pun macam Siti Nurhaliza tau😂


Terima kasih Sains sebab satukan kami semua kembali❤ Kena tunggu cerita seterusnya pula...ada banyak lagi kisah tentang budak budak nakal Bestari ni😁

BESTARIANS💖


Lawatan ke University Putra Malaysia

Hi..
Berjumpa lagi kita hihi😆 Kalau tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita pasal apa, jadi kita terus ke ceritanyaaa😆 Tapi cerita hari ni agak panjang tauuu😂

Kalau tak silap Iman, seramai 35 orang pelajar yang join lawatan ni. Iman pun tak lepaskan peluang nak join jugak! Lawatan ni selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak dari sekolah petang Khamis. Bayangkan pagi Khamis tu kita orang semua berpeluh peluh bersukan lepastu petang tu nak gerak dari JB ke Serdang tanpa mandi tau 😂 Boleh bayang tak bau dia macam mana? 😂

Dalam perjalanan, ada juga singgah R&R untuk solat, rehat dan makan. Siap tapau KFC lagi kat R&R takut lapar hahahah. Kami sampai kat UPM dah lambat sebab highway jem teruk. Biasalah Malaysia, kalau tak jem tak sah!  Bila sampai masing-masing merungut nak mandi sebab badan dah melekit. Tapi malangnya... tak boleh mandi lagi😂



Masa ni baru je sampai UPM. Muka masing- masing memang kepenatan dah. Lepas sampai kami dihidangkan makanan yang sedap. Lepas makan, kami dapat kunci bilik. Ingatkan dah dapat kunci bilik boleh terus mandi lepastu baru sambung aktiviti. Eh takkkkk... terus sambung aktiviti pertama di UPM. Masa tu memang tak tahu nak cakap apa. Ya lah, dah la dari pagi berejin kat sekolah sampai ke Serdang pun tak dapat bersihkan diri lagi😂


Ni dia aktiviti pertama kami. Sesi perkenalkan diri. Tapi bukan biasa biasa tau aktiviti ni, siap ada game yang menguji minda. Tengah penat penat boleh pulak nak uji minda😂 Lepastu, kami dibahagikan dalam kumpulan.  Haaa lupa nak bagi tahu, dari bas kami diturunkan di depan asrama. Tapi aktiviti pertama ni diadakan di dewan kuliah (rasanya).  Nak pergi ke dewan ni kena lalu jejantas yang tinggi dan gelap. Kena lalu bangunan bangunan gelap sebab dah malam dan mahasiswa lain pun tengah cuti sem. Jadi ada kami je masa tu kat situ. Punya la jauh menapak dari asrama nak ke dewan tu. Aktiviti pertama habis dalam pukul 10.30. Lepastu dari dewan nak kena menapak balik pergi asrama. Kaki memang dah goyang je nak jalan punya jauh😂


Hari kedua pun bermula...
Kami bangun seawal 4.00 pagi sebab nak mandi. Takut berebut tandas nanti😅 Dah mandi, kami turun bawah dan solat subuh. Selepas solat, kami bersenam sama sama!  Lepastu kena mandi lagi sekali sebab badan dah berpeluh 😂


Kemudian, aktiviti kedua dijalankan. Macam biasa kena menapak pergi dewan semalam. Jauh gilaaa😂

 Setiap kumpulan kami diasingkan ke tempat berbeza. Kumpulan Iman tak dipindahkan ke mana mana. Kami duduk di dewan yang sama. Banyak aktiviti yang dijalankan. Ada kumpulan kena buat jambatan guna straw tak silap😅, ada yang main roket, duduk kat makmal main dengan bahan kimia (tak ingat nama aktiviti dia) 😂 Kumpulan Iman buat apa?  Haaa kumpulan Iman kena buat robot!  Robot tu kami pasang guna lego tau. Dan yang best robot tu boleh bergerak. Dalam kumpulan Iman kami dibahagikan lagi sekali kepada 2 kumpulan. Sebab robot kami akan berlawan. Lawan apa?  Lawan tarik tali je😂  Lawan tarim tali tu untuk uji kekuatan robot.


Hai ini Amir. Ketua kumpulan Iman😂 Nampak kan dia tekun pasang robot tu😂

Pelawanan diantara robot robot pun bermula. Dan yes!!!  Kumpulan Iman menang!

 Kami dapat Choki Choki😂

Selepas aktiviti dalam setiap kumpulan selesai. Kami dikumpulkan semula. Pelajar lelaki dibawa ke Masjid untuk Solat Jumaat. Yang perempuan pula boleh pilih nak balik asrama atau stay kat dewan. Iman dan kawan kawan yang rapat pilih stay je kat dewan sebab... Jauh nohhh nak balik asrama, tak larat😂 Lepastu kami lunch sama sama. Lepas lunch ada sesi pembentangan daripada setiap kumpulan. Kami kena cerita balik apa aktiviti yang kami buat tadi.



Selepas selesai aktiviti pembentangan, kami bergambar bersama untuk dijadikan kenangan!




Malam kedua pun bermula.. Malam kedua kami ada malam kebudayaan!  Malam kebudayaan ni kami dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza. Kami kena berlakon mengikut tema yang ditetapkan. Perghhh malu gila tauuu😂 Masa tu Iman pegang watak nenek tak silap. Watak nenek versi vogue tau hahahaha


Hari ketiga..
Sedih sangat nak tinggalkan UPM ni. Sebelum balik, kami dibawa pusing seluruh kawasan UPM. Besar sangattttttt!!!!!!
Dari Serdang kami bergerak ke KLCC, singgah Petrosains. Ingatkan Petrosains ni kecik je rupanya besar gila! Iman memang excited kat dalam Petrosains ni😂



Habis je round Petrosains, kami keluar dari KLCC dan duduk kat air pancut yang cantk tu. Tengah duduk borak borak tiba tiba salah sorang kawan Iman cakap "Ehh tu bukan Jaa(penyampai radio era)  ke? " Kami ramai ramai pun toleh. And yeah!  Kita orang sempat amik gambar dengan Jaa!


Dah habis duduk tengok air pancut, kami pun bertolak pulang ke JB. Sampai JB pun dah malam, Tapi serious cakap ni antara lawatan paling best dalam tahun ni!!!! Sebab apa?  Sebab... Ni la satu satunya lawatan yang cikgu buat untuk form 5 tahun 2018. Hahahahah. Nasib baik join kalau tak, tak dapat pengalaman yang best ni!

Iman berkongsi cerita kat sini untuk kenangan Iman dan rakan-rakan. Jadi nanti tak lah terlupa salah seorang dari kawan sekolah kan? 😂 Kalau rindu, boleh tengok tengok balim hihi.  Sekian cerita Iman hari ini. Maaf andai tidak menarik,biasalah baru baru menulis😅

Thursday, 29 November 2018

Gelaran 'Botol Kicap'

Hi..
Hari ini hari pertama Iman menulis blog yang ini. Sebenarnya dulu Iman ada blog lain, cerita pertama Iman tulis pasal Perempuan Paling Digeruni😂 . Tapi malangnya dah lupa password,  jadi kita create blog baru😅 Kalau rajin rajin boleh la singgah baca 😃

PEREMPUAN PALING DIGERUNI


Cerita yang akan Iman tulis ni antara kisah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila! Yes ! Forever and ever!!  



Botol kicap?  Kenapa dengan botol kicap?  Haa ni yang nak cerita.  Dulu masa darjah 4 (tahun 2011) budak lelaki panggil Iman 'botol kicap'. Boleh dikatakan setiap hari bila datang je sekolah mesti ramai-ramai jerit "botol kicappppp" Sakit hati ni Tuhan je tahu tau. Lepas tu kan ada yang siap ciptakan lagu tajuk 'botol kicap' lagi. Pernah tak nangis bila orang ejek macam tu?  Of course!!!!  Hari-hari datang sekolah mesti hilang terus mood. Rasa macam nak sepak je muka sorang-sorang.

Lepastukan, ada satu hari tu baru habis kelas muzik. Kalau belajar muzik, kita akan ditempatkan kat satu bilik khas. Jadi daripada bilik muzik tu nak pergi ke kelas balik kena lalu satu koridor panjang. Masa nak jalan balik kelas tu, ada sorang budak lelaki ni dia terus jerit 'botol kicap'. Wahhh memang mencabar kesabaran masa ni. Iman memang tak fikir panjang dah time tu. Terus pergi kat dia tumbuk belakang dia hahahahha. Kebetulan pulak masa tu cikgu nampak.. Cikgu marah Iman sebab pukul budak tu tapi ada saksi lain back up maka Iman lah menang hahahahha.😂

Iman cuma nak pesan, kalau nampak orang kulit gelap jangan la bagi gelaran yang sakitkan hati. Kita tak tahu isi hati orang macam mana. Kalau dibuatnya hati dia terguris gila gila sampai tak nak maafkan korang macam mana?  Dah susah.. Iman dah maafkan semua kawan kawan yang pernah ejek Iman. Tapi tulah.. tak boleh nak lupa dengan apa yang jadi. Kita kan 1 Malaysia  jadi kena buang sifat racist tu jauh jauh. Okay Iman share gambar masa dapat gelaran botol kicap tu ya😁


Tadaaaaaa😂😂😂😂

 Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang, banyak lagi Iman nak share💗