HUAWEI BAND 4 MEMANG PADU !

Tuesday, October 27, 2020

 Hi Assalamualaikum semuaaa. Semoga semuanya sihat selalu. 

Harini aku nak cerita pasal seutas jam yang memang selesa di pakai. Untuk pengetahun korang, jam aku dah berminggu rosak. Jadi agak lama la tak pakai jam, kalau pakai pun jam tu mati hahahah. Sebab aku allergic kalau tak pakai jam nanti rasa macam pergelangan tangan tu geli gatal gatal, lepastu rasa tak selesa. Entahlah tak tahu kenapa hahahahaha.

Aku dari zaman tadika pun memang jenis pakai jam, tapi jam yang 10ringgit tu je bila pakai seminngu je rosak, beli baru pakai seminggu rosak hahahaha. Strart sekolah menengah baru upgrade pakai jam Vincci yang selalu offer beli 2, 50ringgit. dua tiga bulan pakai okay je sekali tengah jalan zupppp jam tu putus. Dah form 4 upgrade pakai Honor Band pula, woah jam Honor ni memang padu. Dekat dua tahun juga la baru Innalillah. Jam Honor ni start rosak time baru baru pkpp. Battery bila charge dah tak naik dan last sekali putus la talinya.

Ini lah jam kesayangan aku. Dah putus pun tetap letak dia depan mata. Macam-macam benda dah buat dengan jam ni, paling best jam ni kalis air. korang bawa menyelam pun dia tak rosak tau. Tapi walau macam manapun dia tetap jam dan tetap akan rosak. 

Jadi bila jam ni dah start start rosak, aku mula la survey survey smart watch jam dekat ig, facebook & shopee. Ada la dalam dua tiga kedai aku whatsapp tanya harga tapi harga semua fuhhhh. Dah la jam tak ori lepastu letak harga melambung tinggi, memang idok ler aku nak beli (duit babah hahahaha). Walaupun kita minta ayah kita belanja, tetap nak cari yang berbaloi. Yalah takkan beli yang tak ori sampai dua tiga ratus lepastu rosak macam tu je kan. Lepastu aku macam dah malas dah nak survey lagi sampailah tetiba ada satu saat ni aku terfikir brand Huawei. Lepastu terus buka website dorang, jam yang dorang promote smart watch harga 499+ FUHHH. Aku godeh godeh sampailah terjumpa Huwaei Band 4. Uishh menarikkk cantikkkkkkk. Malam tu juga aku tunjuk kat Babah cakap nak jam tu😜

Jadi Sabtu lepas kita pun pergilah Huawei, masuk kedai terus cakap nak Band 4. Warna stock yang tinggal warna hitam je masa tu. Fikir punya takpelah kalau amik pink nanti cepat kotor, so kita amik je hitam !


Tadaaaaaaaaaaa!!!!

Masa beli ni, semua pekerja Huawei tu yang settingkan. Sebenarnya kita tahu je nak setting sebab dulu kan pakai Honor Band 3 tu, Honor dengan Huawei ni sama je, apps yang nak guna untuk jam pun sama iaitu HUAWEI HEALTH.






So basically kita memang kena setting dulu jam ni sebelum guna tau. Just follow the instructions. Kalau korang minta pekerja settingkan pun boleh.

And Jam ni ada banyak sangat features. And actually Iman tak tahu pun Jam ni touch screen, so masa dapat tu terkejut gila hahahaha. Dulu Honor Band tu just main tekan tekan je button tengah dia😂


Whatsapp masuk pun kita boleh baca tau, tapi baca je la reply kena kat phone hihi


Boleh kira steps kita jalan


Boleh pilih features workout


Dan tadaaa ni theme yang aku pilih untuk jam ni, korang boleh pilih themes apa korang nak. Semua ada kat apps HUAWEI HEALTH, tinggal setting je tau.

So pada pendapat aku jam ni memang berbaloi-baloi. Bentuk dan size pulak memang sesuai untuk semua jenis tangan. MAcam tangan aku kan besar, jadi tak ada la nampak cenonet bila pakai, kalau tangan korang kecik pun takkan nampak jam ni gedabak. Memang cantik. Korang pakai untu bersukan boleh, nak pakai dengan baju kurung pun boleh tau.


okay sampai sini sahaja cerita harini, esok lusa kita sambung lagi okay💓

You Might Also Like

8 comments

  1. Waaaa Iman, lepas ni sikit-sikit jalan tengok jam hehehe...Tapi yang ni tak yah cas ek macam apple watch tu? Adeii kalau Cik Lin tu malas sebab kena cas, sbb tu asyik laa x pakai apple watch nyaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Jam ni kena juga charge macam biasa. tapi battery dia kalau charge penuh boleh tahan seminggu :D

      Delete
  2. woww cuteeee .. tpi tu laa kalau kak ain ni pula jenis suka kalau jam tu utk tgk time je . malas nk pening2 tgk notification lain . tapi jam ni best kalau workout .. n boleh kira steps kan ...

    ReplyDelete
  3. Aah betul best kalau workout. Iman suka pun sebab boleh target steps bila berjalan :D

    ReplyDelete
  4. wah, setia betul dengan jam lama ye iman

    ReplyDelete
  5. Dalam waiting list nie..tunggu akan akk pinang dengan Basmallah..🤭🤭🤗🤗

    ReplyDelete
  6. wahhh cantikk jam

    hai saya rabiaa saya dah follow blog akak

    ReplyDelete
  7. Nice, akak x minat pakai jam..tapi bila tengok apps lain yang ada dalam tu, macam teringin la pulak! Hewheww~

    ReplyDelete