Bestarians 💞

Saturday, December 01, 2018

Hi..🙋
Iman nak share kenangan Iman bergelar pelajar tingkatan 4. Masa nak masuk tingkatan 4, nervous dia lain macam. Yalah sebab dah fikir SPM nak dekat😂 Hari pertama persekolahan sesi 2017, semua pelajar tak ditempatkan di mana mana kelas lagi. Kita orang pun tak tahu kita orang berada di kelas mana. Macam biasa la, hari pertama tu mesti ada taklimat dan sebagainya. Penghujung hari pertama persekolahan baru dapat tahu kita berada di kelas mana. Berebut rebut masing masing nak check senarai nama.  Dan Iman ditempatkan di dalam kelas 4 Bestari. Iman suka gila dapat kelas ni tak tahu sebab apa. 

Hari kedua persekolahan, Iman terbangun lambat oppssss🙈 Bila bangun lambat, sampai sekolah pun lambat la hahahaha. Iman pun pecut panjat tangga terus masuk kelas. Masa Iman masuk, Iman ingat lagi masing masing tengok Iman dengan muka pelik😂 Mungkin dia orang ingat Iman salah kelas kot😅 Tapi Iman yakin tak salah kelas sebab dah check awal awal pelan kedudukan kelas. Masa tu Cikgu Rodziah (mathematics)  tengah mengajar. Iman pun kelam kabut keluarkan buku.  Habis je belajar Maths, kita pun berborak la. Ya lah, ada yang baru kenal pada hari tu. Yang Iman kenal masa tu pun Ayunie, Ummul, Amin, Farhan, Izzah sebab pernah jadi classmate. 

Hari ketiga persekolahan, jawatan-jawatan yang ada dalam kelas pun dilantik. Iman dilantik jadi ketua penolong time ni. Daniel Najmi pula dilantik sebagai ketua kelas paling nakal pada tahun itu😂😂 Kelas kami ni dibahagikan kepada dua aliran iaitu Sains Komputer dan Prinsip Perakaunan. Iman pilih Akaun sebab Iman tak suka benda yang berkait dengan komputer hihi.  Tapi ada jugak budak kelas Iman yang amik Sains Komputer sebab takut dengan cikgu akaun hahahahah 😛

So sesi persekolahan pun dijalankan macam biasa sampailah cuti tahun baru cina bermula. Cuti memang cuti tapi kena datang sekolah juga sebab cat kelas. Tapi Iman datang sehari je itupun kelas dah siap cat😛

Ha ni muka muka rajin datang sekolah walaupun cuti😂

Bila dah masuk tingkatan 4,  barulah rasa subject subject susah yang boleh buat pecah kepala otak! Dan masa ni juga lah berlaku konflik antara classmate. Masing masing ada puak sendiri😂 lepastu tak puas hati sesama sendiri😂 bab perli perli tak yah cakap la, hari hari ada😂 nak borak pun susah. Tapi setiap kali waktu Sains, kita semua bergabung jadi SATU!  Daripada bermasam muka tu memang akan helok bila Sains. Sains la yang kuatkan ukhwah kita orang.

Setiap kali Sains banyak sangat aktiviti kita orang buat sama sama.

Masa ni. .kita orang buat ais krim guna ais dengan garam je tau. Nak resipi pm tepi😂



Ni pula Inersia kalau tak silap la hahahhaa. Tengok.. Cina Melayu pun boleh rapat tau.

Senang cerita kan.. Subject favorite 4 Bestari ialah Sains. Muka cikgu yang ajar pun macam Siti Nurhaliza tau😂


Terima kasih Sains sebab satukan kami semua kembali❤ Kena tunggu cerita seterusnya pula...ada banyak lagi kisah tentang budak budak nakal Bestari ni😁

BESTARIANS💖


You Might Also Like

2 comments

  1. iman..buat satu entri share pasal aiskrim dari ais n garam hehehe

    ReplyDelete