GANGGUAN

Sunday, December 16, 2018

Hallu.. 🙆
Apa khabar semua?  Sihat ke idok tu? Hari ni Iman nak share cerita seram. Cerita yang berlaku ni betul betul terjadi kat Iman dan kawan kawan. Nak tahu apa yang jadi?  Jom baca! 


Kisah ni terjadi pada tahun 2017 pada bulan August. Macam mana boleh ingat bulan?  Sebab masa ni Iman join lawatan sambil belajar sempena bulan kemerdekaan di Perak. Lawatan ni dianjurkan oleh Kelab Sejarah sekolah. Kami semua bergerak dari sekolah pukul 5 petang. Jadi malam pertama tu tidur dalam bas je sepanjang perjalanan. Dari Johor Bahru nak ke Perak bukan dekat😂

Kami sampai Perak subuh pagi dan singgah mandi di R&R. Pagi tu aktiviti berjalan dengan lancar. Sampailah malam kedua kita orang check in kat sebuah hostel. Hostel ni cantik. Perabot dia semua perabot jati. Malam tu tak fikir panjang dah, dapat bilik memang rasa nak tidur terus. Lepas bersihkan diri terus tidur.

Esok pagi lepas sarapan terus naik bas. Kami semua pun dah check out dari hostel tu sebab kami akan berpindah ke hostel yang lain untuk malam kedua. Naik bas je cikgu terus cakap
" Korang buat apa ha malam tadi?  Bising betul. Aku nak tidur pun susah. Pukul 1 / 2 pagi dok la galih galih katil semua "
Masa ni memang terkejut gila!  So Iman terus jawab.. " Eh cikgu biar betul?  Semalam sampai bilik semua terus tidur. Pukul 11 tu memang dah sunyi dah aras bilik saya. Lampu pun dah padam"  Cikgu pun terkejut bila dengar 😅 Tapi memang betul tau, kita orang semua tidur awal malam tu dan Iman tak ada dengar apa apa pun. Kawan kawan pun tak dengar apa apa.

Hari yang berikutnya pun aktiviti berjalan lancar. Sampailah kita orang check in hostel kedua. Di sini la kisah sebenar bermula. Cewahhh ayat😂 Hostel yang kedua ni ialah sebuah sekolah yang ada di Perak ni. Student semua tengah cuti jadi kami ni menumpang kat hostel dia. Sebenarnya Iman and the geng dah masuk dulu bilik yang berada kat tingkat satu. Bilik dia lawa gila!  Cadar pun cantik, katil tersusun rapi. Tapi cikgu suruh kami semua pindah bilik ke tingkat atas sekali. Haaa jenuh la angkut beg sampai tingkat atas😂

Sampai je tingkat atas suasana lain gila dengan tingkat satu tadi. Kalau tadi tingkat satu bersih tapi tingkat atas ni katil pun susunan agak bersepah. Barang student pun tak kemas. Tapi kita redha je la. Dah letak beg semua kami pun makan ramai ramai. Aktiviti malam tu bebas jadi kami buat game Truth or Dare. Kalau main game ni memang akan gelak pecah perut punya la hahahahah. Bilik kami ni campur form 4 & form 5. Jadi kami main je game ramai ramai. Memang riuh gila time tu. Sampai pukul 11 lebih pun dok la ketawa lagi.

Dalam pukul 11.30 macam tu cikgu round setiap bilik. Cikgu masuk je bilik kita orang dia terus marah sebab bising sangat😂 Lepas cikgu keluar kami pun siap siap nak tidur. Katil dia dah susun rapat rapat. Jadi kami tidur pun berhimpit himpit. Masa ni Iman tidur sebelah Dayah dan AinMz. Baru je nak pejam mata tiba tiba dengar pintu kena ketuk ! Iman dengan Dayah terus tengok muka sesama sendiri. Kami pun cuba tidur balik. Lepastu tiba tiba Dayah ni terus pegang tangan Iman kuat kuat. Iman pun tanya la dia
"Kau kenapa? "
Nak tahu Dayah jawab apa?  Dayah kata..
"Aku dengar ada orang bisik nama aku"
Perghhh masa ni jantung macam nak terkeluar tau! Iman pun pujuk la Dayah suruh dia tidur je. Iman baru nak tutup mata dan terus terdengar kat tepi telinga
'Iman~~~'
Weh berderau darah tauuuu😫

Masa ni tak fikir apa dah. Terus duduk bersila dengan Dayah sambil pegang tangan kuat kuat. Dayah pun cepat cepat bukak phone play Ayat Kursi. Ingatkan Iman dan Dayah je tak boleh tidur rupanya ada lagi dua orang kawan tak boleh tidur iaitu Syira dan Syu. Jadi kita orang berempat duduk bersila atas katil sama sama sebab nak hilangkan takut. Kita orang pun borak la cerita zaman sekolah rendah semua. Tapi 'benda' tu tetap tak berhenti bunyi!!! Dia bisik nama tau ! Kejap kejap dengar bunyi tu dari tingkap, kejap kejap kat pintu. Kita orang try buat bodoh dengan bunyi tu tapi tak boleh sebab bunyi tu sentiasa ada.

Tengah syok cerita cerita tiba tiba kita orang berempat rasa nak pergi tandas!  Masa tu dah dekat 1 pagi. Tak fikir panjang dah kita orang masuk je satu tandas dua orang. Malu ke apa semua belakang cerita. Yang penting semua selamat😂 Balik je dari toilet tiba tiba ayat kursi tadi tu terpadam!  Menggelabah gila masa tu. Nak hidupkan balik tak boleh. Dah lama sikit baru boleh hidup. Sebab dah terlampau takut, kita orang decided untuk whatsapp cikgu. Nasib baik cikgu online lagi. Cikgu suruh kita orang tidur je tapi tak boleh nak tidur. Bunyi tu makin lama makin kuat kau.

Kita orang pun sambung la sembang. Tiba tiba kami dengar bunyi tapak kaki tengah berlari kat atas. Bunyi tu macam tapak kaki dia besar sangat. Masa dengar bunyi tu memang semua gigil. Lepastu teringat
'eh, kita kan tingkat atas sekali. Habistu tu bunyi datang dari mana? ' terdetik rasa menyesal join lawatan ni.😂 Sampai pukul 3 pagi kita orang tak tidur sebab bunyi mengacau tu makin lama makin menjadi jadi. 'Dia' dah berlari lepastu tarik perabot pulak!!!  Weh kita orang kat tingkat atas sekali tau!!! 😫😫😫 Bayangkanlah ada banyak bunyi dalam satu masa. Bunyi bisik nama, berlari, tarik perabot, guli. Lepastu baru teringat agaknya tadi kita orang ketawa teruk sangat kot masa main game. Tapi ada yang ketawa lagi teruk dari kita orang sebab je pulak dia tidur. Sepanjang malam tu kita orang memang tak tidur langsung. Esok pagi tu kita orang membuta dalam bas😂 Okay itu je kisah seramnya😅

Bagi yang membaca maaf andai tidak seram mana. Tapi kami yang merasa sendiri pengalaman tu memang seram!  Benda tak boleh lupa la.  Kalau korang pun ada kisah seram share la comment! 💜  Maaf sekali lagi andai tidak berpuas hati😅





You Might Also Like

0 comments