Lawatan ke University Putra Malaysia

Saturday, December 01, 2018

Hi..
Berjumpa lagi kita hihi😆 Kalau tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita pasal apa, jadi kita terus ke ceritanyaaa😆 Tapi cerita hari ni agak panjang tauuu😂

Kalau tak silap Iman, seramai 35 orang pelajar yang join lawatan ni. Iman pun tak lepaskan peluang nak join jugak! Lawatan ni selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak dari sekolah petang Khamis. Bayangkan pagi Khamis tu kita orang semua berpeluh peluh bersukan lepastu petang tu nak gerak dari JB ke Serdang tanpa mandi tau 😂 Boleh bayang tak bau dia macam mana? 😂

Dalam perjalanan, ada juga singgah R&R untuk solat, rehat dan makan. Siap tapau KFC lagi kat R&R takut lapar hahahah. Kami sampai kat UPM dah lambat sebab highway jem teruk. Biasalah Malaysia, kalau tak jem tak sah!  Bila sampai masing-masing merungut nak mandi sebab badan dah melekit. Tapi malangnya... tak boleh mandi lagi😂



Masa ni baru je sampai UPM. Muka masing- masing memang kepenatan dah. Lepas sampai kami dihidangkan makanan yang sedap. Lepas makan, kami dapat kunci bilik. Ingatkan dah dapat kunci bilik boleh terus mandi lepastu baru sambung aktiviti. Eh takkkkk... terus sambung aktiviti pertama di UPM. Masa tu memang tak tahu nak cakap apa. Ya lah, dah la dari pagi berejin kat sekolah sampai ke Serdang pun tak dapat bersihkan diri lagi😂


Ni dia aktiviti pertama kami. Sesi perkenalkan diri. Tapi bukan biasa biasa tau aktiviti ni, siap ada game yang menguji minda. Tengah penat penat boleh pulak nak uji minda😂 Lepastu, kami dibahagikan dalam kumpulan.  Haaa lupa nak bagi tahu, dari bas kami diturunkan di depan asrama. Tapi aktiviti pertama ni diadakan di dewan kuliah (rasanya).  Nak pergi ke dewan ni kena lalu jejantas yang tinggi dan gelap. Kena lalu bangunan bangunan gelap sebab dah malam dan mahasiswa lain pun tengah cuti sem. Jadi ada kami je masa tu kat situ. Punya la jauh menapak dari asrama nak ke dewan tu. Aktiviti pertama habis dalam pukul 10.30. Lepastu dari dewan nak kena menapak balik pergi asrama. Kaki memang dah goyang je nak jalan punya jauh😂


Hari kedua pun bermula...
Kami bangun seawal 4.00 pagi sebab nak mandi. Takut berebut tandas nanti😅 Dah mandi, kami turun bawah dan solat subuh. Selepas solat, kami bersenam sama sama!  Lepastu kena mandi lagi sekali sebab badan dah berpeluh 😂


Kemudian, aktiviti kedua dijalankan. Macam biasa kena menapak pergi dewan semalam. Jauh gilaaa😂

 Setiap kumpulan kami diasingkan ke tempat berbeza. Kumpulan Iman tak dipindahkan ke mana mana. Kami duduk di dewan yang sama. Banyak aktiviti yang dijalankan. Ada kumpulan kena buat jambatan guna straw tak silap😅, ada yang main roket, duduk kat makmal main dengan bahan kimia (tak ingat nama aktiviti dia) 😂 Kumpulan Iman buat apa?  Haaa kumpulan Iman kena buat robot!  Robot tu kami pasang guna lego tau. Dan yang best robot tu boleh bergerak. Dalam kumpulan Iman kami dibahagikan lagi sekali kepada 2 kumpulan. Sebab robot kami akan berlawan. Lawan apa?  Lawan tarik tali je😂  Lawan tarim tali tu untuk uji kekuatan robot.


Hai ini Amir. Ketua kumpulan Iman😂 Nampak kan dia tekun pasang robot tu😂

Pelawanan diantara robot robot pun bermula. Dan yes!!!  Kumpulan Iman menang!

 Kami dapat Choki Choki😂

Selepas aktiviti dalam setiap kumpulan selesai. Kami dikumpulkan semula. Pelajar lelaki dibawa ke Masjid untuk Solat Jumaat. Yang perempuan pula boleh pilih nak balik asrama atau stay kat dewan. Iman dan kawan kawan yang rapat pilih stay je kat dewan sebab... Jauh nohhh nak balik asrama, tak larat😂 Lepastu kami lunch sama sama. Lepas lunch ada sesi pembentangan daripada setiap kumpulan. Kami kena cerita balik apa aktiviti yang kami buat tadi.



Selepas selesai aktiviti pembentangan, kami bergambar bersama untuk dijadikan kenangan!




Malam kedua pun bermula.. Malam kedua kami ada malam kebudayaan!  Malam kebudayaan ni kami dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza. Kami kena berlakon mengikut tema yang ditetapkan. Perghhh malu gila tauuu😂 Masa tu Iman pegang watak nenek tak silap. Watak nenek versi vogue tau hahahaha


Hari ketiga..
Sedih sangat nak tinggalkan UPM ni. Sebelum balik, kami dibawa pusing seluruh kawasan UPM. Besar sangattttttt!!!!!!
Dari Serdang kami bergerak ke KLCC, singgah Petrosains. Ingatkan Petrosains ni kecik je rupanya besar gila! Iman memang excited kat dalam Petrosains ni😂



Habis je round Petrosains, kami keluar dari KLCC dan duduk kat air pancut yang cantk tu. Tengah duduk borak borak tiba tiba salah sorang kawan Iman cakap "Ehh tu bukan Jaa(penyampai radio era)  ke? " Kami ramai ramai pun toleh. And yeah!  Kita orang sempat amik gambar dengan Jaa!


Dah habis duduk tengok air pancut, kami pun bertolak pulang ke JB. Sampai JB pun dah malam, Tapi serious cakap ni antara lawatan paling best dalam tahun ni!!!! Sebab apa?  Sebab... Ni la satu satunya lawatan yang cikgu buat untuk form 5 tahun 2018. Hahahahah. Nasib baik join kalau tak, tak dapat pengalaman yang best ni!

Iman berkongsi cerita kat sini untuk kenangan Iman dan rakan-rakan. Jadi nanti tak lah terlupa salah seorang dari kawan sekolah kan? 😂 Kalau rindu, boleh tengok tengok balim hihi.  Sekian cerita Iman hari ini. Maaf andai tidak menarik,biasalah baru baru menulis😅

You Might Also Like

1 comments