MAKAN BUFFET DI HOLIDAY INN JB SAMPAI PERUT PECAH !

Monday, October 26, 2020

Hi & Assalamualaikum everyone ! Hope you all have a very good day today :)

So today aku nak share tentang new hotel yang baru je buka di Bandaraya Johor Bahru.

 Wow interestinggg! 

Nama hotel yang diberi ialah Holiday Inn. Kalau nak tahu Iman kalau pergi mana-mana pun mesti akan stay Holiday Inn. Since Holiday Inn dah buka kat JB takkan Iman tak nak melawat.

Tapi apa yang paling best mestilah MAKANAN. 

Holiday Inn sekrang tengah buat Special Offer tau. BUY 3 FREE 1 ! So rugilah kalau korang tak pergi sebab pilihan makanan yang disediakan memang banyak dan semuanya sedap-sedap. Buffet bermula pukul 6.30 p.m. sehingga 10.00p.m. 

Harga yang ditawarkan pula untuk dewasa RM98 nett, for Kids (6-12 yrs old) pula 50% dan Senior Citizen (60 tahun ke atas) 30%. 

Korang jangan risau okay sebab SOP dekat sini memang betul-betul dia jaga. Setiap pelanggan akan dapat plastic handglove. So, masa korang amik makanan tu wajib tau pakai handglove yang disediakan.

So sekarang Iman nak story sikit pasal makanan yang disediakan.

Pada hari Jumaat (FAMILY FRIDAY)  Holiday Inn menyediakan hidangan Italian. Kalau sebut Italian mestilah ada Pasta dan Pizza! eh tapi jangan ingat ada tu je, makanan local pun ada. Apa yang paling menarik, Holiday Inn menyediakan "Little Adult Station". Station ni disediakan untuk kanak-kanak so adik adik comel ni boleh ambil makanan kegemaran mereka sendiri.

Hari Sabtu pula (SPICE SATURDAY) korang boleh enjoy local  & western cuisines. Makanan yang disediakan sudah pasti sedap dan lazat. Korang tinggal datang dan makan je tau. 

So sekarang Iman nak cerita pasal makanan dia pulak.



TENGOK NIIII. COMEL KAN? Ini lah Little Adult Station yang Iman cakap tadi tuu. AWHHH Cute je tau tengok station ni.



Ini antara makanan yang ada di Little Adult Station. SEMUANYA SEDAPPP. Sebenarnya ada banyak lagi tau makanan macam Spaghetti Bolognese, Burito dan macam macam lagi. 

 
                Inilah dia Aglio Olio Spaghetti. SUMPAH SEDAP. Apa yang Iman boleh cakap Aglio Olio kat Holiday Inn ni ada rasa yang tersendiri lagi lagi bila makan sekali dengan  capsicum tu. PEHHH. Oppsss sebelum korang makan Aglio Olio ni, korang kena makan starter dia dulu tau                   




Tadaaaa inilah starter dia. SEDAPPPP. Kalau kat Italy sebelum makan pasta korang memang kena makan starter dia dulu iaitu Bruschetto. Dekat Holiday Inn ni ada sediakan tiga jenis Bruschetto. Korang kena try rasa sendiri.


Okay yang ni Iman memang tak boleh nak kata apa-apa sebab ni memang Sedap gila!


Hello Lamb mestilah wajib ada. Bila korang makan lamb ni korang wajib makan dengan sauce dia. So ni cadangan Iman untuk sauce korang memang kena try Pepper Sauce combine dengan Mint Sauce. PEHHHH PADU BEB. Selain Lamb, ayam & ikan pun ada tauu.


Selain dari makanan Italian, local pun ada contohnya macam Naan Cheese, Satay dan Roti Canai. Bukan tu je Nasi Beriani pun ada. Lauk yang dihdangkan pun semua sedap tau. Rugi lah kalau tak datang sini.



Tengoklah jajan ni semua. Orang Johor ni mana boleh kalau tak ada jajan kan? Bila Iman tengok je jajan ni terus teringat dulu duit sekolah agama selalu habis beli jajan macam ni. hehehe. Tapi bila datang Holiday Inn ni Iman nak makan banyak mana jajan pun boleh.


Okay ni PALING FAVOURITE!!! CHOCOLATE FOUNTAIN 😆 Rasanya Iman memang tak berganjak kot masa amik fruits kat sini. Bukan ada fruits je tau, marshmellow & gula gula pun ada. Kalau la umur Iman baru 7 tahun memang dari mula buffet sampai habis buffet Iman melantak ni je tau. Selain ada Chocolate Fountain ni, korang pun boleh makan Local Ice Cream Potong. Air yang desediakan pun ada lebih kurang 4 jenis tau. Semua air sedap sedap.


Inilah environment dining hall Holiday Inn ni. Sangat selesa & nyaman. Sambil makan boleh dengar band yang menyanyikan lagu sedap-sedap tau. So korang tunggu apa lagi? JANGAN LUPA MAKAN BUFFET DI HOLIDAY INN !


Sebelum Iman tamatkan entri kalini, Iman minta maaf sebab kurang sangat entri yang dipost. Sekarang pun Iman dalam sesi ODL (online distance learning). Jadi memang banyak masa habis dekat class dan assignment. Jadi Iman minta maaf sekiranya ada post post yang Iman  terlupa nak tulis. InsyaAllah lepas habis final nanti Iman akan lebih active. 💖

You Might Also Like

6 comments

  1. wahhh sedapnya tengok menu dinner buffet dekat Holiday Inn

    ReplyDelete
  2. menarik menunya.. blh try nanti.. aunty nak tengok sikit perut iman yg pecah tu ekekeke

    ReplyDelete
  3. terliur betullll bacaaaaa iman post ni .. aaallaaaaaaa .. dapnyeww .. kak ain pom kalau nampak chocolate fountain rasa nak pengsan . hahhahahahahaahahahahaaa 🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete