Najwa Latif ke ni?

Wednesday, January 09, 2019


Hi, Assalamualaikum! 
Waddup! 😂 
Siapa baca pasal Pengalaman Join Choral Speaking mesti dah tahu kan yang kita orang ni kena datang latihan hari hari. Masa latihan mesti ada time untuk rehat sekejap kan. Jadi masa aku tengah syok minum air tiba tiba ada sorang budak perempuan form 1 datang dekat dengan aku. Lepastu dia pun duduk bersila dekat sebelah aku. Aku senyum je la. Pastu dia tanya
"Akak.. Akak ni yang dulu Najwa Latif kat SKTDA (sekolah rendah)  kan?  Alaa yang main gitar tu"
Terkejut weh masa ni. Kalau sebut pasal SKTDA dah tentu 4 / 5 tahun berlalu. Aku pun jawab je dengan tenang
"Eh, awak ingat lagi?  Sekolah situ ke dulu?"
Kita orang pun terus la borak borak dan borak .


And yes!  Dulu masa persembahan hari guru 2013 aku main gitar atas pentas sambil nyanyi lagu Sahabat yang Najwa Latif nyanyi tu. Tapi sebenarnya ada satu rahsia besar disebalik persembahan tu. Nak tahu rahsia dia apa?  Sebenarnya... Aku main hentam je code gitar tu hahahahha. Code main bedal je asal ada bunyi ada rentak 😂 Pastu kita orang pun nyanyi la ramai ramai. Budak budak yang lain pun percaya la aku kat atas tu pemain gitar profesional padahal code pun tak tahu😂

Walaupun muka aku jauh beza dengan Najwa Latif tapi kawan kawan sekolah tetap gelar dengan nama tu kononnya aku terror main gitar😂😂😂

Sebenarnya aku mula menipu pasal gitar ni masa darjah 5. Time tu aku masuk Choir sekolah. Jadi kita orang kena buat persembahan masa mesyuarat PIBG. Time tu kita orang kena nyanyi lagu Carta Hati. Jadi cikgu kata dia nak minta sorang untuk 'miming' gitar. Konon konon kita main gitar tapi sebenarnya bunyi tu dah sedia ada. Memandangkan kawan kawan sebaya aku semua badan kecik kecik dan gitar tu punyalah besar maka cikgu pilih aku. Sebab badan aku sorang je terlebih zat. Jadi sesuai la pegang gitar yang besar juga tu. Start daripada situ la semua orang percaya aku pandai main gitar. 


Sampai dah naik darjah 6, cikgu pulak request buat persembahan hari guru dan aku kena main gitar😂 Masa tu cuak juga la hahahahha. Ya lah, aku bukan reti pun sebenarnya. Sebenarnya ada microphone tau untuk gitar tu. Tapi Alhamdullilah tiba tiba stand microphone tu patah!  Tak tahu macam mana boleh patah hahahahah yang penting bukan aku buat😂 Nasib baik stand tu patah kalau tak kantoi terus hahahahah! 

Dengan ini saya ingin memohon maaf secara rasmi kepada rakan rakan sekolah yang percaya saya main gitar dulu HAHAHAHAHAH😂

You Might Also Like

8 comments

  1. heheheh takpa dik, kenangan zaman sekolah dulu. takkan mudah akan dilupakan ^_^

    ReplyDelete
  2. Hahhahahah aduii kelako ko ni imannn!!

    ReplyDelete
  3. kahkahkah bertuaha punya iman..

    ReplyDelete
  4. Hahaha Imann Imann...
    Psttt jangan lupa follow kita tau hahahaha

    ReplyDelete
  5. ooo tipu eh. Agak-agak kawan2 lain baca tak? haha.. itulah sebuah kenangan kan..

    ReplyDelete
  6. Kahkahkah.. imannn... Sampai skrg kwn2 iman tau iman pandai main gitar ke? Tipah tertipu banggg.. tipah tertipu... Hahaha

    ReplyDelete