Sebulan sudah...

Tuesday, July 30, 2019

Assalamualaikum.. 
Dah lama tak menulis rasa kekok la juga, tapi tak apa kita nak tulis juga! 

Alhamdulilah 22/7/2019 haritu dah genap sebulan belajar kat Perak. Rindu tak?  Mestilah rinduuuuuu😭 Rindu nak makan masakan Bonda, yalah kat sini lauk sama ulang ulang. Kadang sampai bosan. Tu yang weekend je pergi cari makanan kat luar, asalkan tak makan kat cafe! Paling rindu kucing sebenarnya hihi. 

  Dah kurus ke belum bila duduk sini?  Entahlah tak tahu nak cakap, sebab bila dapat nasi tu makan tetap pelahap😂

Bila masuk sini jumpa macam macam loghat tau. Sampai kadang tak faham apa dia orang cakap. Tapi rasanya nanti Iman balik Jb, loghat Perak dah melekat kat lidah. 'Kome'  'Deme' 'Mahei' 'Bantei' 'Ayor'
Hahahahahha


Ni la roommate Iman. 3 dari Selangor, Seorang dari Kedah dan seorang lagi orang Ipoh je. Dia kata nak balik rumah dia 15minit je dari tempat belajar. Untungnyaaaaa.

Kita orang semua sama course tapi sayang tak sama kelas. Tapi malam malam memang biasa study balik sama sama tukar tukar pendapat sebab lecturer yang ajar pun lain lain kan. 


Ni pulak classmate Iman yang sama sama masuk air. Masa first day jumpa tu masing masing diam membisu je. Nak tegur pun malu malu kucing. Tapi bila dah dua minggu kenal, terus boleh masuk kepala. Dalam kelas pun sama, banyak sangat loghat. Bayangkan la nama Iman pun boleh jadi Imang 😂 Yang penting ada geng JB dalam kelas! 

Dah sebulan kat sini memang dah kenal ramai sangat orang. 


Yang ni pula geng gila gila. Kita orang kenal masa netball, dari situlah mula rapat. Kalau gelak tu memang mengilai sampai bilik atas bawah semua dengar hahahahhaha. 

Okay la sampai sini dulu Iman cerita. Okay nak cakap satu benda je... 

TAK SABAR NAK BALIKKKKKKKKK !

You Might Also Like

7 comments

  1. cepatlah balik.. sian bonda nak makan durian pun tak selera 🤪🤪🤪

    ReplyDelete
  2. goodluck on your study! :) akak follow sini yang ke #28 mind followback if free ya :)

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hahahah sabarrr sabarrr..nanti raya haji cuti seminggu khennnnnn

    ReplyDelete
  4. Hai. Good luck for your studies. Done follow 😊

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum iman..
    Sabar2 yer cuti x lama lg balik boleh la jumpa bonda..

    ReplyDelete
  6. wahhh kamsis dah ramai 1blik, zaman akak 1blik 2org j,block lama

    ReplyDelete