Hi, assalamualaikum.
Aku tahu masa zaman kecik-kecik kita selalu berangan nak jadi cashier kan. Lepastu kita pun berangan nak berjual beli dengan orang lain. Ya, begitu juga aku.
Dulu setiap kali Bonda minta tolong lipat kain sama sama.. Aku akan berlari amik bakul favourite aku. Kenapa bakul tu jadi bakul favourite ? Sebab bakul tu petak dan rupa dia ala ala mesin cashier tu. Bila lipat baju, aku akan scan label baju tu pada pemegang bakul. Konon konon ada bar code 😂 Yalah selalu kalau pergi giant mesti nampak orang buat macam tu. Jadi kita pun nak buat! Lepastu bila bar code tak boleh baca kita akan tekan tekan papan kekunci computer tu kan? Tapi apa aku buat bila berangan.. Aku tekan lubang lubang yang ada pada bakul tu jadi papan kekunci. Setiap kali nak lipat baju, itu la rutin aku. Supaya hati aku seronok nak buat kerja tu. Tapi sekarang makin malas nak lipat baju😂
Aku tahu zaman aku membesar dah ada jual dah mesin cashier yang mainan tu. Tapi tak beli pun sebab nanti membazir je😂 Yalah tekan tekan nanti rosak juga. Baik guna bakul je, lagi best! Imaginasi jadi makin kuat tau😂 Sampai aku dah besar pun bila beli barang, aku akan seronok tengok juru jual tu scan bar code, tekan tekan screen computer. Nampak macam best!
Sekarang umur aku dah 18 tahun. Dan impian aku ingin menjadi cashier telah menjadi kenyataan!(padahal baru training😂) Aku ditugaskan sebagai cashier di salah sebuah stesen minyak.
Hari pertama menjadi cashier, aku berjumpa dengan pelbagai ragam masyarakat. Ada yang dapat resit terus campak balik kat kaunter. Padahal boleh je dia buang kat tong sampah pintu masuk/keluar tu!! Aku terkejut bila dia campak balik resit yang aku. Aku rasa macam nak amik resit tu campak balik kat dia. Tapi aku sabar😂
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi aku stop dulu. Nanti aku akan kumpulkan pelbagai ragam masyarakat yang aku jumpa sepanjang aku bekerja.