The Straits Kopitiam

Wednesday, May 01, 2019

Assalamualaikum. 
Hi korang!  Macam mana keadaan hari ini?  Harap semua sihat walafiat. 
Aku nak share hari ni tentang sebuah Kopitiam yang baru je dibuka di NSK Ulu Tiram. Nama kopitiam ni ialah The Straits Kopitiam. Kopitiam ni memilih konsep hitam putih dalam kedai mereka. Biasanya kalau kopitiam ni kita dengar banyak kat Perak dan Penang kan?  Kat JB ni susah sikit nak jumpa kopitiam macam ni. 

Apa yang aku suka pasal kopitiam ni harga dia sangat affordable. Portion makanan dia dan harga dia tak pricy langsung. Memang berbaloi lah! 

Bermacam jenis makanan juga disajikan kat kopitiam ni. Kalau nak listkan semua memang jenuh la hahahah. So kat bawah ni aku dah letak gambar menu kat kopitiam ni. Sebelum korang pergi nanti boleh la semak dulu nak order apa nanti kan😛

Yang bestnya masa ramadhan nanti ada Nasi Ambeng kat The Straits Kopitiam ni. Memang sedap sampai terangkat tau! Nasi Ambeng ni berlaukkan Mee Goreng, Sayur Goreng,  Ayam Rendang, Serunding dan semestinya Nasi putih!  Aku dah try Nasi Ambeng dia haritu dan memang sedap. 

Oh lupa nak cakap.. Ni la model terbaru The Straits Kopitiam 😝

Next kita nak borak pasal minuman pulak. Cuba tengok warna tudung aku pakai kat gambar atas tu. Haaa kan warna pink. Maknanya favorite drink aku ialah Sirap Bandung! Apa yang menariknya Sirap Bandung kat sini ada 3 Layer! Gula merah yang pekat tu bagi air Bandung ni bertambah tambah sedap weh. 

Kalau perasan kat belakang Bandung 3 layer tu ada adik beradik 3 Layer juga kan? Okay tu bukan Teh 3 Layer tau tapi Air Cendol. Untuk yang tak suka atau malas nak makan Cendol dalam mangkuk tu boleh la order Air Cendol macam tu. Terus sedut je tau. 
Okay ni paling penting. Nak tahu tak dessert apa yang susah gila nak jumpa kat Johor Bahru ni. AIS KEPAL LA😭 Merata cari ais kepal mesti tak jumpa. Paling paling pun jumpa Ais Kepal Milo tapi dah bosan la asyik benda sama kan. Jadi kat The Straits Kopitiam ni ada Ais Kepal weh. Korang boleh pilih perisa apa pun korang nak tau. Bayangkan cuaca panas panas ni pastu korang nyonyot Ais Kepal yang warna warni tu. Nikmatnyaaaa. Yang penting harga dia sangat berbaloi! 

Do you see my happy face? 😂
Pelbagai juadah lain disediakan di The Straits Kopitiam ni.

Jadi korang jangan lupa tau singgah makan di The Straits Kopitiam ❤

You Might Also Like

6 comments

  1. cantikkkk nyaaa gambo2 iman.... kak ain is like! hahaha..

    ReplyDelete
  2. comel lah gambo iman makan ais kepal hehehe

    ReplyDelete
  3. Hahahaha Bonda ko tu tak perasan ke, dia pun sama banyak makannya hahahahaha

    ReplyDelete
  4. numpang promote ya min ^^
    Ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete