HI, ASSALAMUALAIKAM SEMUAAAAAAA.
EEEEE lamanya rasa tak bercerita. Tiba-tiba hari ni terbuka hati nak menulis hehe.
Aku sebenarnya salah seorang ahli Kelab Jtmk di PUO.
Apa tu Kelab JTMK?
JTMK ni nama jabatan sebenarnya yang bermaksud Jabatan Telekomunikasi & Maklumat. Setiap course ada Jabatan masing-masing. Jadi, couse aku berada dalam jabatan JTMK.
Kelab JTMK pula merupakan Jabatan Perwakilan Pelajar. Kiranya siapa yang masuk dalam Kelab ni ialah wakil pelajar dalam jabatan. Nak jadi ahli Kelab kita semua akan di-interview oleh senior yang sudah sedia ada dalam kelab. Jadi aku join interview masa aku Sem 1. Alhamdullilah lepas.. sampailah sekarang aku sem 2 masih menjadi ahli Kalab JTMK.
Jadi Sem 2 ni, pensyarah kami rancang aktiviti untuk kami semua iaitu KEM KEPIMPINAN DAN TEAM BUILDING KELAB JTMK tapi aktiviti ni sebenarmya lebih kepada Bonding Day.
Kami semua memang excited! Setiap minggu akan buat meeting untuk persediaan dan rancang aktiviti. By the way, aktiviti ni dijalankan pada awal Januari 2020.
Tibalah hari yang dtunggu-tunngu. Kami semua perlu berkumpul di dewan pukul 7.30 pagi. Sambil tunggu bas kami dengar taklimat ringkas. Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai. Jadi kami ambillah gambar dulu.
Tengah syok amik gambar tiba-tiba bas pun sampai. Perjalanan dari Ipoh ke Sungai Siput tak sampai sejam pun. Baru nak tidur tetiba aikkk dah sampai?
Nak tahu tak apa yang best? Nak masuk dalam kem di kita orang kena naik lori!!!
Wuuu syok gila masa ni..
Aku ada tu terselit kat belakang. Nampak dahi pun boleh hahahaha
Lepastu aktiviti kita orang dimulakan dengan MAKAN!
Lepas makan, kita orang main SAIDINA. Wakil kumpulan je main. Dua kumpulan yang kalah kena masak untuk BBQ dan cuci pinggan.
Oh Bonding Day kami ni 2 Hari 1 Malam je. Jadi aktiviti nak buat pun terhad. Lepas main SAIDINA, kita orang Solat Zuhur sebab lepastu ada Explore Race.
Aktiviti lepas explore race ialah MANDI SUNGAI!!!!
Ni la yang semua orang tertunggu tunggu. Sebelum terjun sungai kita orang Solat Asar dulu barulah bergembiraaaaa.
Mula-mula inagtkan boleh mandi sungai bebas..rupanya TAK!. Kita orang kena belajar apungkan diri dulu. Masa mula mula tu dia letak kita orang tepi tebing, jadi tak ada la takut sangat sebab kaki masih boleh rasa dasar sungai.
Masa ni tengah dengar taklimat .
Okay ni dah start seram dengan kaki dah tak rasa dasar sungai. Kita orang nak sampai situ kena masuk hutan dulu tau. Penat masuk hutan satu, ni nak tambah penat main air.
Kami semua kena berenang dari tempat hutan tu sampailah ke kem balik. JAUHHHHHH!!
Air masa ni dah start deras sebab hujan dah nak turun. Lepas sampai je kat Kem balik, kami semua diarahkan naik sebabnya air dah betul betul deras. Ingatkan boleh main main tepi sungai.
Kami diberi rehatlah sampailah aktiviti malam iaitu BBQ!
Tak adalah rehat sangat sebab malam tu juga ada bacaan yassin.
Ni pulak cerita masa Subuh keesokkannya. Kita orang yang perempuan ni pukul 4 pagi dah bangun mandi sebab katanya ada Qiamulai dan dapat arahan pukul 5.30 semua dah kena kumpul dekat surau. Masa jalan nak pergi surau tu memang akan lalu dorm lelaki, tapi bila tengok pelik semacam je sebab gelap gelita. Jadi salah sorang dari kami pergilah ketuk bagi salam. Sekali yang buka pintu muka terpisat pisat baru bangun tidur. Jadi kami yang perempuan baliklah dorm dulu sementara tunggu budak laki siap. Tu yang dapat snap gambar ni.
Selesai semua ibadah, terus kita mulakan dengan Jungle Trekking.
Dan selepas itu acara terakhir ialah pembahagian hadiah. Dan bersurailah aktiviti.
Sebenarnya apa aku nak kongsi kat sini, seronok bila kita ada join mana mana kelab. Sebab masa kita akan diisi dengan aktiviti. Dan kita mudah bersocial dengan orang dan tak malu nak bercakap. Kelab JTMK ni memang campur dari Sem 1 sampai Sem 5. Walaupun kami berlainan Sem, lain kelas tapi Bonding kita orang kuat. Terima kasih Puan, rancang aktiviti Bonding untuk kami.
HAA YANG NI SEMUA ANTARA KOLEKSI GAMBAR SEMASA KEM KEPIMPINAN BERLANGSUNG.